Sunday, June 20, 2021

Unit ukuran bagi audio digital

 

  1. Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
  2. Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada:
    1. Kadar sampel
    2. kedalaman bit audio yang digunakan untuk merakam atau mendigitalkannya

 

 

A) Kadar sampel

  1. Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
  2. Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz).
  3. 1 Hz bermaksud 1 sampel sesaat.
  4. Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang dihasilkan.
  5. Semakin banyak bilangan sampel, semakin tepat bentuk gelombang audio digital yang terhasil semasa proses persampelan. Ia akan menghasilkan audio digital yang berkualiti tinggi

 

B) Kedalaman bit

  1. Kedalaman bit ialah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel audio (bit per sample).
  2. Lebih banyak bit digunakan untuk mewakili sampel-sampel audio, lebih hampir persamaan antara audio digital yang dihasilkan dengan audio analog asal

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment