Showing posts with label Nombor Perlapanan. Show all posts
Showing posts with label Nombor Perlapanan. Show all posts

Sunday, March 14, 2021

Penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan


Terdapat 2 kaedah penukaran iaitu:

  1. Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai nombor perlapanan
  2. Kaedah pengiraan

A. Kaedah 1: kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai nombor perlapanan

Contoh: Tukarkan 11100102 kepada nombor perlapanan

Langkah 1:
Pisahkan kepada kumpulan tiga digit.

Langkah 2:
Masukkan bagi kumpulan tiga digit perduaan dengan nombor perlapanan yang setara dengannya. Rujuk nota sebelum ini <<KLIK>>

B. Kaedah 2: Kaedah pengiraan





Sunday, February 28, 2021

Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perduaan

  • Terdapat 8 pilihan digit dalam nombor perlapanan (nombor oktal). Digit - digit nombor perlapanan ialah 0,1,2,3,4,5,6 dan 7
  • 1 digit nombor perlapanan bersamaan 3 digit nombor perduaan. Ini adalah kerana nombor terbesar dalam digit perlapanan ialah 7. Dalam nombor perduaan, 7 bersamaan 1112  (7= 1112)



Tonton video di bawah untuk melihat langkah - langkah untuk menukarkan nombor perlapanan kepada nombor perduaan



Wednesday, February 17, 2021

Nombor Perlapanan: Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan

 

Tonton video di atas untuk melihat kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan

SOALAN:

Tukarkan nombor perpuluhan (desimal) kepada nombor perlapanan (oktal) dengan menggunakan kaedah bahagi 8 dan gunakan bakinya

  1. 64
  2. 315
  3. 237
  4. 3731

Wednesday, February 3, 2021

Nombor Perlapanan: Penukaran Nombor Perlapanan kepada Nombor Perpuluhan


Contoh 1:

nombor perlapanan : 31028

= (3 x 512) + (1 x 64) + (0 x 8) + (2 x 1)

= 1536 + 64 + 0 + 2

= 1602

Oleh itu 31028 bersamaan dengan 160210  atau 1602 (Nombor perpuluhan boleh ditulis tanpa subskrip 10)

 

 

Contoh 2:  6738

 

 

= (6 x 64) + (7 x 8) + (3 x 1)

= 384 + 56 + 3

= 443


Oleh itu 6738 bersamaan dengan 44310  atau 443 (Nombor perpuluhan boleh ditulis tanpa subskrip 10)

 


Soalan

Tukarkan nombor perlapanan (nombor oktal) di bawah kepada nombor perpuluhan (nombor desimal)


1. 238

2. 6228

3. 548

4. 5218

5. 32158