Showing posts with label python. Show all posts
Showing posts with label python. Show all posts

Sunday, September 19, 2021

Python: Fungsi input

1. Fungsi input digunakan untuk mendapatkan data input daripada pengguna.

2. Apabila fungsi input diaktifkan, atur cara akan meminta pengguna untuk memasukkan data mengikut kesesuaian atur cara yang dibina. 

3. Sintaks bagi fungsi input juga berbeza mengikut bahasa pengaturcaraan

4. Sintak fungsi dalam python adaalah seperti berikut

Contoh kod aturcara python


Salin kod aturcara python di atas dan lihat output. Pastikan input bagi umur ialah nombor bulat contoh: 14 dan input bagi tinggi dalam nombor perpuluhan contohnya 1.45

 

Saturday, September 4, 2021

Pembolehubah (untuk kod aturcara python)

Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara

Pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan.

Pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai. 

Contoh di bawah adalah contoh pengisytiharan untuk data jenis string


 Walaubagaimana pun, untuk data jenis string, kita boleh isytihar tanpa str di depan. Contohnya

                        nama="Daniel"

Terdapat 2 jenis data untuk nombor iaitu integer dan float. Integer untuk nombor bulat dan tiada titik perpuluhan. Manakala float untuk nombor perpuluhan

Berbeza dengan string, pengisytiharan data untuk nombor tidak perlukan tanda "   " 

 Contoh pengisytiharan 

tinggi = int(150)

berat = float(40.5) 

Contoh penggunaan dalam aturcara python


Soalan:

Selepas kod di bawah di 'run' kenapakah nilai output nya tidak sama seperti yang diisytiharkan? Bagaimanakah untuk keluarkan nilai output sama seperti yang diisytiharkan?

 


 

Friday, September 25, 2020

Struktur Kawalan Pilihan Tunggal

 

  • Hanya mempunyai satu pilihan untuk melaksanakan satu set tindakan yang tertentu 
  • Jika syarat yang diuji benar maka satu set tindakan akan dilaksanakan 

 

Struktur Kawalan Dwipilihan

 ´Memilih di antara dua set tindakan

´Set tindakan yang dilaksanakan bergantung kepada suatu syarat sama ada dipenuhi atau tidak
´Jika syarat dipenuhi, maka set tindakan A akan dilaksanakan. Jika tidak, set tindakan B akan dilaksanakan

 

Thursday, September 24, 2020

Python: Jenis Data String Part 2

 

 Nota fungsi simbol "+" ,",". " *"  dan join bagi jenis data string dalam python


Python - Jenis Data String Part 1

 

String merujuk kepada perkataan yang terbina daripada aksara-aksara temasuk ruang kosong, nombor, huruf dan simbol contohnya "Saya belajar abc 123. Saya suka!!"

Gambar dan video di bawah menunjukkan penggunaan fungsi [], [ : ] dan len() dalam Python. 

 


 


Latihan

Salin contoh kod python dalam 3 slide di atas. Ubah mesej "Hello" kepada nama anda. Screenshot kod dan output dan hantar melalui google classroom