Nilai boolean BENAR akan dipulangkan jika salah satu kriteria P atau Q adalah benar
Wednesday, October 13, 2021
Tuesday, October 5, 2021
Pangkalan Data: Operator AND
1. operator AND digunakan untuk menggabung dua kriteria contohnya P dengan Q. Maka ungkapannya ialan P AND Q
2. Nilai boolean BENAR akan dipulangkan hanya apabila kedua-dua kriteria P dan Q adalah BENAR.
3. Sekiranya salah satu kriteria ialah PALSU maka nilai boolean adalah PALSU
Latihan:
https://www.w3schools.com/sql/trysql.asp?filename=trysql_select_columns
1. Klik pada link di atas dan tulis pernyataan SQL di bawah
SELECT * FROM Customers WHERE Country = "Germany" and City = "Berlin";
Lukis output bagi pernyataan tersebut
2. Tulis pernyataan SQL untuk memaparkan semua atribut pada jadual OrderDetails yang mempunyai ProductID = 42 dan Quantity > 9. Lukis jadual output.
Snapshot jawapan dan hantar melalui google classroom
Thursday, August 26, 2021
Pangkalan Data: Membina jadual dan masukkan data
Membina pangkalan data
Soalan:
Bina satu pangkalan data untuk menyimpan data murid sekolah. Sediakan satu jadual entiti MURID dengan atribut IDMurid, Nama, Jantina, Kaum dan Kelas. Setkan IDMurid sebagai primary key
Gunakan https://sqliteonline.com/ untuk membina pangkalan data.
Langkah 1:
Gunakan pernyataan CREATE TABLE untuk membina jadual/entiti. Sintaks CREATE TABLE adalah seperti berikut
CREATE TABLE NamaEntiti(
Atrubut1 int NOT NULL,
Atribut2 varchar(255) NOT NULL,
Atribut3 varchar(255) NOT NULL,
PRIMARY KEY (Atribut1)
); Penerangan sintaks:
int, varchar adalah jenis data yang dipegang oleh atribut. int ialah integer, varchar ialah teks.
Nombor yang ada dalam kurungan () ialah bilangan maksimum aksara bagi atribut tersebut
NOT NULL bermaksud nilai atribut tidak boleh dikosongkan (mesti ada nilai/input)
Atribut2 varchar (255) NOT NULL -- bermaksud Atribut2 memegang nilai teks dan bilangan aksara tidak lebih daripada 255 huruf, dan mesti diisi iaitu tidak boleh dikosongkan. Contoh teks ialah nama orang
oleh itu sintaks untuk menghasilkan jadual/entiti Murid di atas ialah seperti berikut
CREATE TABLE Murid(
IDMurid int NOT NULL,
Nama varchar(255) NOT NULL,
Jantina varchar(1) NOT NULL,
Kaum varchar(20) NOT NULL,
Kelas varchar(15) NOT NULL,
PRIMARY KEY (IDMurid)
);
Selepas run pernyataan di atas, satu table/jadual baru akan terhasil. Paparan apabila Table berjaya dihasilkan adalah seperti berikut.
Langkah 2: Masukkan Data
Gunakan pernyataan INSERT TABLE untuk memasukkan data ke dalam jadual. Sintaks INSERT TABLE adalah seperti berikut
INSERT INTO NamaJadual
(Atribut1, Atribut2)
VALUES
('dataPertamaAtribut1', 'dataPertamaAtribu2'),
('dataKeduaAtribut1', 'dataKeduaAtribut2'),
('dataKetigaAtribut1', 'dataKetigaAtribut2');
);
Contoh cara masukkan data ke dalam jadual murid:
INSERT INTO Murid
(IDMurid, Nama, Jantina, Kaum, Kelas)
VALUES
(1001, 'Ahmad', 'L', 'Melayu', '3 Amanah'),
(1002, 'Mei Ling', 'P', 'Cina', '3 Bestari'),
(1003, 'Ranjit', 'L', 'India', '3 Maju'); Pastikan save database anda. Klik File >> Save DB
Latihan:
Bina jadual entiti Murid seperti di atas, kemudian masukkan 10 data yang mempunyai Jantina dan Kaum berbeza
Monday, March 8, 2021
Kaedah sifer: Rail fence cipher
- Disebut juga sebagai zig-zag cipher
- Cara penyulitan ialah dengan menulis abjad – abjad dalam teks biasa mengikut susunan baris demi baris dan mengikut corak zig-zag
- Perlu nyatakan kunci untuk penyulitan dan nyahsulit
- Nilai kunci merujuk kepada bilangan baris yang digunakan
Proses penyulitan teks biasa kepada teks sifer
Proses nyahsulit teks sifer kepada teks biasa
Latihan:
1. Sulitkan "SELAMAT MAJU JAYA" menggunakan kaedah rail fence cipher dengan kunci 5
2. Nyahsulitkan "KITHMSUIAC" menggunakan kaedah rail fence cipher dengan kunci 3
Monday, March 1, 2021
Kaedah sifer: Columnar transposition
- Kaedah menyulitkan satu mesej dengan menulisnya dalam jadual secara mendatar dengan bilangan lajur yang telah ditetapkan
- Satu perkataan dipilih untuk dijadikan kunci penyulitan.
- Bilangan abjad dalam kunci menentukan bilangan lajur dalam jadual
- Abjad – abjad dalam kunci menentukan cara mengubah urutan abjad – abjad dalam mesej
- Setiap abjad dalam mesej akan ditulis pada setiap petak dalam jadual
Langkah - langkah penyulitan teks biasa
Langkah - langkah nyahsulit teks sifer
Friday, February 19, 2021
Kaedah sifer: Pigpen cipher
•Dikategorikan sebagai Substitution cipher
•Setiap abjad digantikan dengan simbol grafik
Saturday, February 6, 2021
Kaedah sifer: Caesar cipher
- Caesar cipher adalah salah satu contoh substitution cipher.
- Salah satu kaedah sifer paling awal digunakan oleh manusia untuk menyulitkan mesej.
- Juga disebut shift cipher (sifer anjakan) .
- Bilangan anjakan dikenali sebagai kunci.
- Jika kunci 3, ini bermaksud huruf sifer menganjak 3 tempat ke depan
Contoh:
Rajah di bawah menunjukkan teks biasa dan teks sifer dengan menggunakan kunci = 3.
Latihan:
- Dengan menggunakan kunci = 4 sulitkan mesej "JAGA JARAK"
- Nyahsulitkan UVCA UCHG dengan kunci = 2
Saturday, January 30, 2021
Kaedah Sifer: Reverse Cipher
+ Kaedah sifer paling mudah
+ Menggunakan songsangan untuk menyulitkan mesej
+ Terdapat TIGA jenis Reverse cipher iaitu:
+ Songsangan dilakukan berdasarkan abjad (A-Z)
+ Songsangan berdasarkan perkataan
+ Songsangan berdasarkan seluruh mesej
1. Songsangan dilakukan berdasarkan abjad (A-Z)
Mesej disulitkan dengan menggunakan abjad yang telah disongsangkan.
Contoh:
2. Songsangan berdasarkan perkataan
-
Kaedah menyulitkan satu mesej dengan menulisnya dalam jadual secara mendatar dengan bilangan lajur yang telah ditetapkan Satu perkataan di...
-
Disebut juga sebagai zig-zag cipher Cara penyulitan ialah dengan menulis abjad – abjad dalam teks biasa mengikut susunan baris demi baris d...
-
Latihan Tukarkan nombor perenambelasan di bawah kepada nombor perpuluhan a. 912 16 b. B09 16 c. F5A 16 d. CA 16 e. F10E 16 nombor pere...

















