Showing posts with label Pangkalan data. Show all posts
Showing posts with label Pangkalan data. Show all posts

Wednesday, October 13, 2021

Pangkalan data: Operator OR

Nilai boolean BENAR akan dipulangkan jika salah satu kriteria P atau Q adalah benar


 

Tuesday, October 5, 2021

Pangkalan Data: Operator AND

 

1. operator AND digunakan untuk menggabung dua kriteria contohnya P dengan Q. Maka ungkapannya ialan P AND Q 

2. Nilai boolean BENAR akan dipulangkan hanya apabila kedua-dua kriteria P dan Q adalah BENAR.

3. Sekiranya salah satu kriteria ialah PALSU maka nilai boolean adalah PALSU


 

Latihan: 

https://www.w3schools.com/sql/trysql.asp?filename=trysql_select_columns

1. Klik pada link di atas dan tulis pernyataan SQL di bawah

SELECT * FROM Customers WHERE Country = "Germany" and City = "Berlin";

Lukis output bagi pernyataan tersebut

2. Tulis pernyataan SQL untuk memaparkan semua atribut pada jadual OrderDetails yang mempunyai ProductID = 42 dan Quantity > 9. Lukis jadual output.

Snapshot jawapan dan hantar melalui google classroom


Thursday, August 26, 2021

Pangkalan Data: Membina jadual dan masukkan data

Membina pangkalan data

Soalan:

Bina satu pangkalan data untuk menyimpan data murid sekolah. Sediakan satu jadual entiti MURID dengan atribut IDMurid, Nama, Jantina, Kaum dan Kelas. Setkan IDMurid sebagai primary key


Gunakan https://sqliteonline.com/ untuk membina pangkalan data.

Langkah 1:

Gunakan pernyataan CREATE TABLE untuk membina jadual/entiti. Sintaks CREATE TABLE adalah seperti berikut

CREATE TABLE NamaEntiti(
    Atrubut1 int NOT NULL,
    Atribut2 varchar(255) NOT NULL,
    Atribut3 varchar(255) NOT NULL,
    PRIMARY KEY (Atribut1)
); 

Penerangan sintaks:

int, varchar adalah jenis data yang dipegang oleh atribut. int ialah integer, varchar ialah teks. 

Nombor yang ada dalam kurungan () ialah bilangan maksimum aksara bagi atribut tersebut

NOT NULL bermaksud nilai atribut tidak boleh dikosongkan (mesti ada nilai/input)

                Atribut2 varchar (255) NOT NULL -- bermaksud Atribut2 memegang nilai teks dan bilangan aksara tidak lebih daripada 255 huruf, dan mesti diisi iaitu tidak boleh dikosongkan. Contoh teks ialah nama orang


oleh itu sintaks untuk menghasilkan jadual/entiti Murid di atas ialah seperti berikut

CREATE TABLE Murid(
    IDMurid int NOT NULL,
    Nama varchar(255) NOT NULL,
    Jantina varchar(1) NOT NULL,
    Kaum varchar(20) NOT NULL,
    Kelas varchar(15) NOT NULL,
    PRIMARY KEY (IDMurid)
); 

Selepas run pernyataan di atas, satu table/jadual baru akan terhasil. Paparan apabila Table berjaya dihasilkan adalah seperti berikut.

 

Langkah 2: Masukkan Data

Gunakan pernyataan INSERT TABLE untuk memasukkan data ke dalam jadual. Sintaks INSERT TABLE adalah seperti berikut

INSERT INTO NamaJadual 
    (Atribut1, Atribut2) 
VALUES
    ('dataPertamaAtribut1', 'dataPertamaAtribu2'),
    ('dataKeduaAtribut1', 'dataKeduaAtribut2'),
    ('dataKetigaAtribut1', 'dataKetigaAtribut2');
); 

Contoh cara masukkan data ke dalam jadual murid:

INSERT INTO Murid
    (IDMurid, Nama, Jantina, Kaum, Kelas) 
VALUES 
    (1001, 'Ahmad', 'L', 'Melayu', '3 Amanah'),
    (1002, 'Mei Ling', 'P', 'Cina', '3 Bestari'),
    (1003, 'Ranjit', 'L', 'India', '3 Maju');


 
 
Paparan jadual/entiti Murid

 Pastikan save database anda. Klik File >> Save DB

Latihan:

Bina jadual entiti Murid seperti di atas, kemudian masukkan 10 data yang mempunyai Jantina dan Kaum berbeza