Monday, June 21, 2021

Perhubungan antara saiz audio dengan kedalaman bit

 

  1. Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud jumlah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time) audio itu.
  2. Kadar kedalaman bit biasanya diukur dalam bit per saat (bps).
  3. Kadar kedalaman bit dikira menggunakan rumus berikut:

 

 

 

  1. Saluran audio terdiri daripada dua jenis iaitu audio mono dan audio stereo
  2. Audio mono dikeluarkan melalui satu saluran audio sahaja

  1. Audio stereo dikeluarkan melalui dua saluran audio

 

  1. Satu fail audio mempunyai kadar sampel 44 100 Hz, kedalaman 16 bit dan dua saluran audio. Apakah kadar kedalaman bit bagi fail audio ini?

 

Kadar bit = kadar sampel(Hz) x kedalaman bit(bit) x Saluran

 

Kadar sampel = 44100Hz

Kedalaman bit = 16

Saluran = 2

 

Oleh itu, Kadar kedalaman bit = 44 100 × 16 × 2 = 1 411 200 bit per saat = 1 411.2 kbps

Nota: kbps iailah kilobits per second(saat) 1kbps = 1000 bit sesaat

No comments:

Post a Comment