Sunday, June 20, 2021

Unit ukuran bagi audio digital

 

  1. Audio digital bermaksud isyarat bunyi yang ditukarkan kepada nombor perduaan dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
  2. Kualiti sesuatu audio digital bergantung kepada:
    1. Kadar sampel
    2. kedalaman bit audio yang digunakan untuk merakam atau mendigitalkannya

 

 

A) Kadar sampel

  1. Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh alat analog-to-digital converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
  2. Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz).
  3. 1 Hz bermaksud 1 sampel sesaat.
  4. Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat, semakin tepat dan berkualiti suatu audio digital yang dihasilkan.
  5. Semakin banyak bilangan sampel, semakin tepat bentuk gelombang audio digital yang terhasil semasa proses persampelan. Ia akan menghasilkan audio digital yang berkualiti tinggi

 

B) Kedalaman bit

  1. Kedalaman bit ialah bilangan bit (0 dan 1) yang digunakan untuk mewakili aras rakaman setiap sampel audio (bit per sample).
  2. Lebih banyak bit digunakan untuk mewakili sampel-sampel audio, lebih hampir persamaan antara audio digital yang dihasilkan dengan audio analog asal

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday, March 24, 2021

Sunday, March 14, 2021

Penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan


Terdapat 2 kaedah penukaran iaitu:

  1. Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai nombor perlapanan
  2. Kaedah pengiraan

A. Kaedah 1: kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai nombor perlapanan

Contoh: Tukarkan 11100102 kepada nombor perlapanan

Langkah 1:
Pisahkan kepada kumpulan tiga digit.

Langkah 2:
Masukkan bagi kumpulan tiga digit perduaan dengan nombor perlapanan yang setara dengannya. Rujuk nota sebelum ini <<KLIK>>

B. Kaedah 2: Kaedah pengiraan





Monday, March 8, 2021

Kaedah sifer: Rail fence cipher

  • Disebut juga sebagai zig-zag cipher
  • Cara penyulitan ialah dengan menulis abjad – abjad dalam teks biasa mengikut susunan baris demi baris dan mengikut corak zig-zag
  • Perlu nyatakan kunci untuk penyulitan dan nyahsulit
  • Nilai kunci merujuk kepada bilangan baris yang digunakan
   
 

Proses penyulitan teks biasa kepada teks sifer



Proses nyahsulit teks sifer kepada teks biasa


Latihan:

1. Sulitkan "SELAMAT MAJU JAYA"  menggunakan kaedah rail fence cipher dengan kunci 5

2. Nyahsulitkan "KITHMSUIAC" menggunakan kaedah rail fence cipher dengan kunci 3

Wednesday, March 3, 2021

Nombor perduaan: Perwakilan nombor perduaan menggunakan mentol

 Mentol menyala mewakili 1 manakala mentol tidak menyala mewakili 0


Jadual di bawah menunjukkan nilai dalam nombor perduaan berdasarkan mentol

Latihan:

Tuliskan nombor perduaan berdasarkan mentol