Saturday, September 4, 2021

Pembolehubah (untuk kod aturcara python)

Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara

Pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan.

Pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai. 

Contoh di bawah adalah contoh pengisytiharan untuk data jenis string


 Walaubagaimana pun, untuk data jenis string, kita boleh isytihar tanpa str di depan. Contohnya

                        nama="Daniel"

Terdapat 2 jenis data untuk nombor iaitu integer dan float. Integer untuk nombor bulat dan tiada titik perpuluhan. Manakala float untuk nombor perpuluhan

Berbeza dengan string, pengisytiharan data untuk nombor tidak perlukan tanda "   " 

 Contoh pengisytiharan 

tinggi = int(150)

berat = float(40.5) 

Contoh penggunaan dalam aturcara python


Soalan:

Selepas kod di bawah di 'run' kenapakah nilai output nya tidak sama seperti yang diisytiharkan? Bagaimanakah untuk keluarkan nilai output sama seperti yang diisytiharkan?

 


 

No comments:

Post a Comment