Thursday, September 30, 2021

Cara menggunakan scratch pada telefon pintar (smartphone)

 1. Gunakan Chrome. Buka website www. scratch.mit.edu kemudian klik start creating

2. Pada chorme, Klik 3 titik di sebelah kanan atas, pilih Desktop site,  tick

3. Klik 3 titik tadi sekalilagi. Kemudian pilih Setting>Accessibility>tick pada kotak Force Enable Zoom

4. klik arrow back untuk kembali ke screen scratch



Sunday, September 19, 2021

Python: Fungsi input

1. Fungsi input digunakan untuk mendapatkan data input daripada pengguna.

2. Apabila fungsi input diaktifkan, atur cara akan meminta pengguna untuk memasukkan data mengikut kesesuaian atur cara yang dibina. 

3. Sintaks bagi fungsi input juga berbeza mengikut bahasa pengaturcaraan

4. Sintak fungsi dalam python adaalah seperti berikut

Contoh kod aturcara python


Salin kod aturcara python di atas dan lihat output. Pastikan input bagi umur ialah nombor bulat contoh: 14 dan input bagi tinggi dalam nombor perpuluhan contohnya 1.45

 

Saturday, September 4, 2021

Pembolehubah (untuk kod aturcara python)

Pemboleh ubah ialah storan ingatan dalam komputer yang digunakan oleh atur cara

Pemboleh ubah digunakan untuk mewakili sesuatu data yang perlu digunakan berulang kali oleh atur cara yang dibangunkan.

Pemboleh ubah yang diisytiharkan akan diberi satu label yang disebut pengecam yang sesuai dan disertakan dengan nilai. 

Contoh di bawah adalah contoh pengisytiharan untuk data jenis string


 Walaubagaimana pun, untuk data jenis string, kita boleh isytihar tanpa str di depan. Contohnya

                        nama="Daniel"

Terdapat 2 jenis data untuk nombor iaitu integer dan float. Integer untuk nombor bulat dan tiada titik perpuluhan. Manakala float untuk nombor perpuluhan

Berbeza dengan string, pengisytiharan data untuk nombor tidak perlukan tanda "   " 

 Contoh pengisytiharan 

tinggi = int(150)

berat = float(40.5) 

Contoh penggunaan dalam aturcara python


Soalan:

Selepas kod di bawah di 'run' kenapakah nilai output nya tidak sama seperti yang diisytiharkan? Bagaimanakah untuk keluarkan nilai output sama seperti yang diisytiharkan?