Thursday, August 26, 2021

Pangkalan Data: Membina jadual dan masukkan data

Membina pangkalan data

Soalan:

Bina satu pangkalan data untuk menyimpan data murid sekolah. Sediakan satu jadual entiti MURID dengan atribut IDMurid, Nama, Jantina, Kaum dan Kelas. Setkan IDMurid sebagai primary key


Gunakan https://sqliteonline.com/ untuk membina pangkalan data.

Langkah 1:

Gunakan pernyataan CREATE TABLE untuk membina jadual/entiti. Sintaks CREATE TABLE adalah seperti berikut

CREATE TABLE NamaEntiti(
    Atrubut1 int NOT NULL,
    Atribut2 varchar(255) NOT NULL,
    Atribut3 varchar(255) NOT NULL,
    PRIMARY KEY (Atribut1)
); 

Penerangan sintaks:

int, varchar adalah jenis data yang dipegang oleh atribut. int ialah integer, varchar ialah teks. 

Nombor yang ada dalam kurungan () ialah bilangan maksimum aksara bagi atribut tersebut

NOT NULL bermaksud nilai atribut tidak boleh dikosongkan (mesti ada nilai/input)

                Atribut2 varchar (255) NOT NULL -- bermaksud Atribut2 memegang nilai teks dan bilangan aksara tidak lebih daripada 255 huruf, dan mesti diisi iaitu tidak boleh dikosongkan. Contoh teks ialah nama orang


oleh itu sintaks untuk menghasilkan jadual/entiti Murid di atas ialah seperti berikut

CREATE TABLE Murid(
    IDMurid int NOT NULL,
    Nama varchar(255) NOT NULL,
    Jantina varchar(1) NOT NULL,
    Kaum varchar(20) NOT NULL,
    Kelas varchar(15) NOT NULL,
    PRIMARY KEY (IDMurid)
); 

Selepas run pernyataan di atas, satu table/jadual baru akan terhasil. Paparan apabila Table berjaya dihasilkan adalah seperti berikut.

 

Langkah 2: Masukkan Data

Gunakan pernyataan INSERT TABLE untuk memasukkan data ke dalam jadual. Sintaks INSERT TABLE adalah seperti berikut

INSERT INTO NamaJadual 
    (Atribut1, Atribut2) 
VALUES
    ('dataPertamaAtribut1', 'dataPertamaAtribu2'),
    ('dataKeduaAtribut1', 'dataKeduaAtribut2'),
    ('dataKetigaAtribut1', 'dataKetigaAtribut2');
); 

Contoh cara masukkan data ke dalam jadual murid:

INSERT INTO Murid
    (IDMurid, Nama, Jantina, Kaum, Kelas) 
VALUES 
    (1001, 'Ahmad', 'L', 'Melayu', '3 Amanah'),
    (1002, 'Mei Ling', 'P', 'Cina', '3 Bestari'),
    (1003, 'Ranjit', 'L', 'India', '3 Maju');


 
 
Paparan jadual/entiti Murid

 Pastikan save database anda. Klik File >> Save DB

Latihan:

Bina jadual entiti Murid seperti di atas, kemudian masukkan 10 data yang mempunyai Jantina dan Kaum berbeza

Tuesday, June 29, 2021

Saiz fail audio

Saiz sesuatu audio digital bergantung kepada pelbagai faktor seperti kadar sampel, kedalaman bit, bilangan saluran (mono atau stereo) dan durasi. Saiznya boleh dikira dengan menggunakan rumus berikut:

 

Contoh:

Kirakan saiz maksimum fail audio di bawah jika maklumat berikut diberikan. Kemudian, kirakan saiz fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait 

Kedalaman bit = 16 bit (2 bait) 

Saluran = Stereo (2 saluran) 

Kadar sampel = 192 KHz 

Durasi audio = 46 minit

 

Saiz fail audio ialah = 2 119 680 000 bait

 Dalam bit 2 119 680 000 × 8 = 1.6957 × 1010 bit 

Dalam kilobait 2 119 680 000 ÷ 1024 = 2 070 000 kilobait 

Dalam megabait 2 070 000 ÷ 1024 = 2 021.48 megabait 

Dalam gigabait 2 021.48 ÷ 1024 = 1.974 gigabait 

Dalam terabait 1.974 ÷ 1024 = 0.00193 terabait

 

Soalan:

Kirakan saiz maksimum fail audio jika maklumat berikut diberikan. Kemudian, kirakan saiz fail audio dalam unit bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait. 

Kedalaman bit = 24 bit (3 bait) 

Saluran = Stereo (2 saluran)

Kadar sampel = 48 KHz 

Durasi audio = 15 minit