Sunday, February 28, 2021

Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perduaan

  • Terdapat 8 pilihan digit dalam nombor perlapanan (nombor oktal). Digit - digit nombor perlapanan ialah 0,1,2,3,4,5,6 dan 7
  • 1 digit nombor perlapanan bersamaan 3 digit nombor perduaan. Ini adalah kerana nombor terbesar dalam digit perlapanan ialah 7. Dalam nombor perduaan, 7 bersamaan 1112  (7= 1112)



Tonton video di bawah untuk melihat langkah - langkah untuk menukarkan nombor perlapanan kepada nombor perduaan



Friday, February 19, 2021

Kaedah sifer: Pigpen cipher

 Dikategorikan sebagai Substitution cipher 

Setiap abjad digantikan dengan simbol grafik

Mudah digunakan kerana penyulitan dan nyahsulit dapat dilakukan dengan mudah jika simbol simbol grafik diketahui
 

 

Wednesday, February 17, 2021

Nombor Perlapanan: Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan

 

Tonton video di atas untuk melihat kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan

SOALAN:

Tukarkan nombor perpuluhan (desimal) kepada nombor perlapanan (oktal) dengan menggunakan kaedah bahagi 8 dan gunakan bakinya

  1. 64
  2. 315
  3. 237
  4. 3731

Sunday, February 14, 2021

Sistem Nombor Perduaan

 

Tonton video di atas kemudian jawab soalan-soalan berikut 

Salin soalan di bawah dalam buku tulis

1. Isikan tempat kosong pada tempat bergaris

Nombor Perpuluhan

Nombor Perduaan

Dikenali juga Sistem _________________ atau nombor ______________

Dikenali juga Sistem _________________ atau nombor ______________

Mempunyai ________ pilihan digit iaitu ________________________________________

Mempunyai ________ pilihan digit iaitu ________________________________________


Mempunyai ______________ di hujung nombor

Contoh:___________________

Contoh : _______________


Soalan 2: Nyatakan sama ada nombor di bawah ialah nombor perduaan atau bukan. Nyatakan alasan jika nombor tersebut bukan nombor perduaan 

                Contoh:  812: Bukan nombor perduaan kerana nombor perduaan hanya terdiri                                                 daripada digit 0 dan 1 sahaja

a) 11011012   

b) 32412 

c) 112012 

d) 1101

e) 10012 

f) 110012 

g) 140612 

h) 1112

Saturday, February 6, 2021

Kaedah sifer: Caesar cipher

  • Caesar cipher adalah salah satu contoh substitution cipher.
  • Salah satu kaedah sifer paling awal digunakan oleh manusia untuk menyulitkan mesej.
  • Juga disebut shift cipher (sifer anjakan) .
  • Bilangan anjakan dikenali sebagai kunci.
  • Jika kunci 3, ini bermaksud huruf sifer menganjak 3 tempat ke depan

 

Contoh:

 

Rajah di bawah menunjukkan teks biasa dan teks sifer dengan menggunakan kunci = 3.


 

Latihan:

  1.  Dengan menggunakan kunci = 4 sulitkan mesej "JAGA JARAK"
  2.  Nyahsulitkan UVCA UCHG dengan kunci = 2

 


 

Wednesday, February 3, 2021

Nombor Perlapanan: Penukaran Nombor Perlapanan kepada Nombor Perpuluhan


Contoh 1:

nombor perlapanan : 31028

= (3 x 512) + (1 x 64) + (0 x 8) + (2 x 1)

= 1536 + 64 + 0 + 2

= 1602

Oleh itu 31028 bersamaan dengan 160210  atau 1602 (Nombor perpuluhan boleh ditulis tanpa subskrip 10)

 

 

Contoh 2:  6738

 

 

= (6 x 64) + (7 x 8) + (3 x 1)

= 384 + 56 + 3

= 443


Oleh itu 6738 bersamaan dengan 44310  atau 443 (Nombor perpuluhan boleh ditulis tanpa subskrip 10)

 


Soalan

Tukarkan nombor perlapanan (nombor oktal) di bawah kepada nombor perpuluhan (nombor desimal)


1. 238

2. 6228

3. 548

4. 5218

5. 32158