Tuesday, December 31, 2019

Pemikiran Komputasional

ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Pemikiran komputasional ialah satu proses pemikiran bagi tujuan menyelesaikan masalah manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua - duanya dengan menggunakan konsep asas sains komputer

Teknik Leraian

  • Melibatkan pemecahan suatu masalah atau sistem yang kompleks kepada bahagian – bahagian yang kecil
  • Ia bertujuan bagi memudahkan pemahaman dan penyelesaian
  • Contoh: Hitung luas kawasan berwarna di bawah

  •  Maka cara yang paling mudah ialah memecahkan kawasan tersebut kepada segi empat A, B dan C

Teknik Pengecaman Corak

  • Mengenalpasti persamaan – persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam beberapa masalah atau dalam masalah yang sama 
  • Contohnya: Perhatikan rajah di bawah, senaraikan persamaan dan perbezaan bagi A dan B


  • Persamaan A dan B:

    Keduaduanya mempunyai 4 sisi

    Keduaduanya mempunyai  jumlah sudut pedalaman 360°

    Perbezaan A dan B

    A merupakan segi empat sama sisi manakala B merupakan segi empat tepat

Teknik Peniskalaan

  • Memfokus pada aspek – aspek yang penting yang dapat membantu penyelesaian masalah
  • Meninggalkan aspek – aspek kurang penting yang terdapat dalam corak
Rajah di bawah menunjukkan satu segi empat yang berwarna biru , mempunyai lebar 2cm ,dan panjang 4cm serta jumlah sudut pedalaman 360°. Hitung luas segi empat tersebut
 

 
Formula untuk mencari luas segi empat ialah panjang x lebar. Oleh itu perkara penting dalam mencari luas segiempat ialah panjang dan lebar sahaja

Teknik Pengitlakan

  • Model boleh dalam bentuk
    • Formula, Teknik, Peraturan dan Langkah - langkah

     Contoh: Langkah untuk menyelesaikan masalah mencari luas segi empat ialah dengan menggunakan model berbentuk formula iaitu:

      luas = panjang x lebar